SOALAN LAZIM STICKER LORI
Soalan Lazim Sticker Lori
Berapa harga sticker lori di Malaysia?
Pakej Standard untuk lori 1-tan dan 3-tan bermula dari RM2,200 untuk wrap sebelah atau separa badan. Pakej Size XL untuk lori 5-tan full wrap atau fleet 5 buah ke atas bermula dari RM3,500. Harga akhir bergantung pada saiz badan lori dan design yang dipilih.
Sticker lori tahan berapa lama?
Cast vinyl 3M dan Avery yang kami guna mempunyai jangka hayat 5 hingga 7 tahun. Ia kalis air dan tahan sinaran UV, jadi warna tidak cepat pudar walaupun lori berjalan setiap hari dalam cuaca panas dan hujan Malaysia.
Boleh print sticker pintu lori untuk pemeriksaan PUSPAKOM?
Boleh. Kami print dan pasang sticker pintu lori dengan nama, alamat dan maklumat syarikat mengikut saiz serta susunan yang anda berikan untuk tujuan pemeriksaan PUSPAKOM. Kami menyediakan kerja design, printing dan pemasangan sahaja — pengesahan pemeriksaan kekal di pihak PUSPAKOM, jadi pastikan spesifikasi yang diberikan kepada kami adalah yang terkini.
Boleh pasang sticker cermin lori?
Boleh. Sticker cermin lori biasanya dibuat untuk nama syarikat atau tulisan ringkas di bahagian atas cermin. Beritahu kami bahagian mana yang anda mahu dan kami cadangkan saiz yang tidak mengganggu pandangan pemandu.
Di mana pemasangan sticker lori dibuat?
Pemasangan dibuat di lokasi anda sendiri — workshop, depoh atau garaj syarikat. Pasukan kami bergerak ke seluruh Malaysia supaya lori anda tidak perlu berhenti kerja lebih lama daripada perlu.
Berapa kali design sticker lori boleh dipinda?
Setiap pakej termasuk dua pusingan revision percuma. Kami hantar artwork untuk semakan, anda beri komen, dan kami pinda sehingga dua kali sebelum masuk ke proses printing.
Adakah stiker lori ada waranti?
Ya. Kami beri waranti warna dan material selama 2 tahun, serta jaminan kerja pemasangan selama 7 hari. Terma dikenakan — kerosakan akibat kemalangan atau kerja mengubah suai badan lori tidak termasuk.
Boleh buat sticker van dan branding untuk fleet lori?
Boleh. Sticker van menggunakan proses yang sama dengan sticker lori, cuma coverage lebih kecil. Untuk fleet 5 buah ke atas, kami sediakan satu design induk dan sesuaikan untuk setiap saiz kenderaan supaya branding kelihatan konsisten.